KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu telah menerima 108 laporan polis dalam tempoh seminggu bermula 31 Mac lepas sehingga semalam, membabitkan jumlah kerugian RM662,903.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata daripada jumlah itu, 20 kertas siasatan telah dibuka dengan empat daripadanya membabitkan penipuan pembelian barang kemas secara dalam talian dengan jumlah kerugian RM126,017.
"Mangsa pertama ialah seorang peniaga wanita berusia 29 tahun yang berminat membeli dua utas gelang emas di aplikasi TikTok berharga RM512 namun telah diperdaya sehingga mangsa melakukan 20 kali transaksi secara dalam talian untuk pelbagai alasan sehingga rugi sebanyak RM106,012.
"Kes seterusnya ialah seorang mangsa lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta. Mangsa telah melayari Telegram dan berminat dengan iklan menawarkan penjualan barang kemas berupa dua utas gelang berharga RM3,000. Namun, mangsa telah diperdaya sehingga mengalami kerugian berjumlah RM8,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazli berkata dua lagi kes turut menggunakan modus operandi sama iaitu mangsa melihat iklan jualan emas di TikTok dan kemudiannya dikehendaki menekan pautan sebelum disambung ke sebuah kumpulan 'Jualan Emas Ar Rahnu' di Telegram.
Katanya, mangsa pada awalnya dikehendaki membuat bayaran terhadap pembelian emas dengan tawaran yang murah.
"Bagaimanapun, selepas bayaran tersebut dibuat, mangsa diarahkan untuk membuat beberapa lagi transaksi atas pelbagai alasan termasuk cukai, bayaran yuran, bayaran surat cagaran, bayaran wang jaminan yang mana kesemua alasan tersebut tidak munasabah untuk sesuatu pembelian," katanya.
Keseluruhannya, Mazli berkata JSJK IPK Terengganu telah menerima 1,338 laporan penipuan komersial bermula Januari hingga Mac tahun ini dengan 267 kertas siasatan.
Jumlah itu katanya menurun berbanding 1,469 laporan pada tempoh sama tahun lepas.
"Polis mengingatkan orang ramai berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran jualan murah dari media sosial. Sila buat semakan terhadap nombor akaun dan nombor telefon melalui portal rasmi Semak Mule, selain semak kewujudan pemilik syarikat perniagaan di SSM MyData sebelum melakukan sebarang pembayaran.
"Sekiranya ada mangsa yang terpedaya dengan modus operandi sedemikian, sila buat laporan polis di balai polis terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Mazli berkata daripada jumlah itu, 20 kertas siasatan telah dibuka dengan empat daripadanya membabitkan penipuan pembelian barang kemas secara dalam talian dengan jumlah kerugian RM126,017. - Gambar fail/Bernama
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Serangan udara Israel bunuh 20 orang, cederakan puluhan awam di tengah Gaza
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat.
Fahmi kecam tindakan mengugut Teresa Kok
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima surat ancaman dan dua peluru.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
Fahmi mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya cukup memalukan.
"Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat," jelasnya.
OKU didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 17 tahun di masjid berkenaan pada 2.30 petang, 15 Mac lepas.
Negara pesat membangun Asia Tengah berpotensi jadi rakan kerjasama strategik Malaysia - PM Anwar
Jaringan dengan negara-negara yang sedang pesat membangunkan itu amat penting dalam keadaan dunia yang tidak menentu hari ini.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Wai Ching takluk Menara Naza
Pelari menara nombor satu dunia itu jelas berada dalam kelas tersendiri sejak di awal saingan sebelum berjaya menawan menara setinggi 49 tingkat berkenaan.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
108 kes penipuan komersial, kerugian lebih RM600,000 dalam seminggu di Terengganu
JSJK IPK Terengganu menerima 108 laporan polis dalam tempoh seminggu bermula 31 Mac lepas sehingga semalam, membabitkan kerugian RM662,903.